Tuesday, October 19, 2010

dalam telapak hati kau..

kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.


dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.


sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?


Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?


Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".